Selasa, 18 Disember 2012


 PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI 
(PDK)PAKMA GADING


Pemulihan Dalam Komuniti adalah salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembanguan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dengan kerjasama komuniti setempat.

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

v  Satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya(OKU)menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri.
v  Dilaksanakan melalui kerjasama OKU ,Keluarga OKU,masyarakat,agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, kementerian kesihatan, jabatan pendidikan khas dan Lain –lain.
v  Satu keadah yang memberi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.

  TUJUAN PROGRAM

v  Meningkatkan kualiti hidup OKU lebih
sejahtera.
v  Intervensi awal golongan OKU diperingkat komuniti tempatan.
v  Menyediakan peluang OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi mereka melalui sumber yang ada.
v  Membolehkan integrasi sosial OKU dengan mengurangkan sekatan fizikal,sosial,kebudayaan dan psikologi.
v  Meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam usaha pencegahan,pemulihan dan pembangunan golongan kurang upaya.
v  Menyediakan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal bagi orang kurang upaya di peringkat komuniti.
v  Menggalakkan penerimaan penuh dan integrasi sosial bagi golongan kurang upaya oleh keluarga dan komuniti
v  Mengurangkan penempatan jangka panjang dalam institusi pemulihan yang menyebabkan golongan kurang upaya disisih dan dipisahkan dari keluarga dan komuniti.
v  Memberikan peluang kepada orang kurang upaya untuk membangunkan keupayaan dan kemahiran yang ada ke tahap potensi sepenuhnya kearah kehidupan yang lebih sejahtera dan bermakna
v  Membantu dalam usaha pewujudan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan ahli-ahlinya,

ELAUN KHAS OKU

v  Semua pelatih OKU yang menghadiri program PDK layak menrima elaun khas OKU RM150 sebulan dengan syarat hadir sekurang-kurangnya 8 hari dalam sebulan di PDK.
v  Pelatih OKU yang mengikuti program PDK di rumah layak menerima RM50 sebulan dengan syarat yang telah ditetapkan.
v  Mereka yang menerima elaun di Sekolah Pendidikan Khas dan Bantuan OKU Tidak Bekerja daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak layak menerima elaun ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan